Pengenalan

Rita RudainiKUALA LUMPUR, 25 MAC 2013: Dalam ketegangan berhadapan dengan masalah rumahtangga yang masih belum temui kesudahannya, aktres yang ketika ini sedang hangat dengan drama Sehangat Asmara, Rita Rudaini dilihat telah membuka lembaran baru dengan menjinak-jinakkan diri dalam dunia perniagaan berasaskan kecantikan.

Kejelitaan wajah dimiliki Rita di usia 37 tahun itu seringkali diperkatakan dan menjadi bualan dek kerana kemulusan kulit wajahnya yang putih bersih itu. Tanpa sebarang pembedahan atau suntikan vitamin, Rita berjaya memelihara aset terpentingnya itu dengan begitu baik sekali.

Kini ada berita baik buat peminat juga orang ramai yang mahu memiliki kulit semulus Rita Rudaini. Hasil perkongsian idea dengan rakannya, Rita kini berkongsi rahsia untuk mendapatkan kulit yang bersih dan sihat dengan memperkenalkan RS Collagen.

Idea asalnya bermula bila ramai peminat tanya dengan saya macam mana jaga kulit dan sentiasa nampak sihat, berseri dan semulajadi. Memang saya sudah lama mengamalkan kolagen ini. Ia adalah produk berasaskan kolagen (rumpai laut) yang dicampur dengan ramuan khas dihasilkan oleh ibu kepada rakan kongsi saya. Semua ramuan yang ada pada Magic Masker RS dan RS Collagen adalah semula jadi.

“Saya yakin dengan khasiat yang ada pada kolagen ini sebab dalam masa yang singkat dapat menunjukkan hasil. Ia bukan sahaja untuk penjagaan muka malah ia berguna untuk menyembuhkan penyakit-penyakit dan pelbagai lagi khasiat khazanah dari laut ini

Fenomena yang disifatkan positif membuatkan ibu kepada dua cahaya mata ini sedang dalam perancangan untuk melancarkan RS Collagen secara rasmi dan mengembangkannya ke seluruh negara.

“Buat masa ini saya menjalankan perniagaan secara online dan dibantu rakan-rakan. Sekarang saya merancang untuk menukar packaging RS Collagen agar nampak lebih menarik dan menepati standard produk kosmetik lain dipasaran.

“Majlis pelancaran secara rasmi juga termasuk dalan perancangan untuk memperkembangkan lagi produk kecantikan berasaskan rumpai laut ini.

“Sehingga kini kami telah mendapat lebih 800 pesanan dan Alhamdulillah mereka ini adalah pelanggan yang telah menggunakan RS Collagen dan yakin dengan khasiat produk ini,”jelas Rita yang juga secara tidak langsung adalah jurucakap bagi Magic Masker Collagen dan RS Collagen, hasil usahasamanya bersama rakan kongsi.

Go to Top